
Sumber rajah: https://upserve.com/restaurant-insider/attract-more-customers-this-summer-with-outdoor-seating/
Mengawal pengambilan kalori dalam pemakanan amatlah penting, tetapi bagaimana anda dapat mengawalnya ketika makan di luar seperti restoran? Dalam artikel kali ini kami akan berkongsi beberapa tips untuk mengawal pengambilan kalori apabila makan di luar.
- Makan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sangat digalakkan bagi anda untuk mengambil makanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak sebagai menu pilihan anda. Sayur-sayuran dan buah-buahan tinggi dengan antioksidan, vitamin, dan mineral serta kurang kalori berbanding menu hidangan lain yang tinggi kalorinya.
- Kurangkan pengambilan sos.
Adakah anda gemar untuk mengambil sos sebagai tambahan ketika makan di luar? Jika ya, anda perlukan kurangkan atau elakkan pengambilan sos seperti sos tomato atau mayonis dalam hidangan anda. Satu sudu makan mayonis iaitu kira-kira 15ml boleh menambah kira-kira 57 kalori dalam makanan anda.
- Mulakan makan hidangan yang rendah kalori.
Terdapat satu kajian menyatakan bahawa mulakan makanan dengan makanan yang rendah kalori dapat mengelakkan makan berlebihan. Contohnya, mengambil sup atau salad. Pengambilan sup haruslah tidak berserta bahan berat seperti krim ataupun keju. Tahukah anda, terdapat satu lagi kajian menyatakan bahawa jika anda mengambil sup sebelum makan menu utama, anda boleh mengurangkan jumlah kalori kira-kira 20%.
- Pastikan protein ada dalam setiap hidangan.
Pengambilan protein seperti ikan, ayam, atau daging boleh membantu rasa kenyang seterusnya dapat menghadkan pengambilan karbohidrat. Pengambilan protein boleh dijadikan sebagai salah satu cara yang berkesan bagi mengurangkan atau mengekalkan berat badan.
- Tidak mengambil roti sebagai pilihan.
Adakah anda sering memilih makanan berasaskan roti apabila makan di luar? Mulai sekarang, hentikan mengambil roti sebagai menu pilihan anda kerana ianya boleh menambah beratus kalori dalam pemakanan anda tanpa anda sedari terutamanya apabila anda mengambil roti bersama mentega.
- Memilih makanan dengan porsi yang kecil.
Terdapat restoran yang menyediakan pilihan saiz hidangan. Anda disyorkan untuk mengambil porsi yang kecil, jika terdapat porsi yang kecil. Namun, jika ada restoran yang menawarkan porsi yang lebih besar daripada biasa, anda disyorkan mengambil porsi biasa walaupun daripada segi harga, porsi besar lebih menguntungkan.
- Minum air sebelum makan.
Minum air sebelum makan boleh menyebabkan kita berasa puas dan membuat kita cepat rasa kenyang seterusnya membuatkan kita mengambil kalori sedikit sahaja. Terdapat satu kajian telah dibuat, jika anda minum dua gelas air iaitu kira-kira 500 ml air sebelum makan, anda boleh mengurangkan pengambilan kalori kira-kira dalam 13%.
Rujukan Artikel
https://www.healthline.com/nutrition/35-ways-to-cut-calories#TOC_TITLE_HDR_25