::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
PENGGUNAAN POTASSIUM CITRATE MIXTURE

Sumber Rajah: https://shopee.com.my/MIXTURE-POTASSIUM-CITRATE-100ML-i.125584805.2660440923

 

Potassium citrate mixture merupakan ubat yang berfungsi untuk mengurangkan kesukaran atau rasa sakit ketika kencing disebabkan oleh keradangan atau jangkitan pada pundi kencing. Ubat ini juga berfungsi untuk mengelakkan pembentukan batu karang.

Potassium citrate adalah ubat cecair yang diambil secara oral. Dos bagi orang dewasa biasanya 10mEq tiga kali sehari dan  dos maksimum dalam sehari ialah 100mEq. Ubat ini boleh diambil dengan atau selepas makan. Pengambilan potassium citrate mixture haruslah mengikut dos yang telah diberitahu oleh doktor atau label pada ubat. Anda  tidak boleh mengambil lebih atau kurang daripada dos yang ditetapkan.

Cara penggunaan ubat ini adalah goncangkan botol terlebih dahulu supaya kandungan potassium citrate mixture sekata. Kemudian, cairkan potassium citrate mengikut dos tertentu dengan kira-kira 50mL air sebelum diminum. Potassium citrate haruslah diambil secara berterusan bagi keberkesanannya. Teruskan mengambil ubat ini biarpun anda berasa sudah pulih. Anda boleh berhenti menggunakannya apabila sudah diarahkan oleh doktor.

Bila sahaja anda tidak boleh mengambil ubat ini? Anda tidak boleh mengambil potassium citrate mixture jika anda mempunyai penyakit buah pinggang yang teruk, gangguan perut seperti ulser dan usus tersumbat, penyakit Addison, serta hiperkalemia iaitu darah yang mempunyai paras kalium yang tinggi.

Rujukan: https://www.mims.com/malaysia/drug/info/potassium%20citrate?mtype=generic

 

Potassium citrate mixture di Azarashop:

https://www.azarashop.com/hovid-potassium-100ml?search=potassium

 

Leave a reply