
Sumber Rajah: https://backoffice.alterni.com/detox/36-bitreen-neem.html
Dalam artikel kali ini kita akan mengenali satu produk kesihatan iaitu Bitreen Neem 100mg capsule. Bitreen merupakan ubatan tradisional yang berfungsi untuk membersihkan darah dalam badan secara semulajadi serta meningkatkan fungsi hati dengan lebih baik. Bahan kandungan Bitreen adalah 100mg Azadirachta indica extract (daun). Satu kapsul Bitreen adalah sama dengan satu peria katak bersaiz medium.
Antara fungsi utama kapsul Bitreen adalah penyucian dan detoksifikasi darah. Hati manusia bersifat alkali dan merupakan organ yang pahit. Oleh itu, pahit yang semulajadi dapat meningkatkan fungsi hati. Selain itu, kelebihan Bitreen juga adalah ianya bersifat anti-fungal dan anti-bakteria, membuang toksin dalam badan, mengurangkan parut kecederaan dan keradangan kulit yang disebabkan oleh bakteria penyebab jerawat, menyembuhkan luka dan melecur, mengalakkan penyembuhan luka selepas pembedahan, serta meningkatkan keremajaan dan ketegangan kulit.
Produk ini sesuai digunakan oleh seseorang yang mengalami masalah kulit jangkitan dan alahan yang berpanjangan, masalah ruam dan ekzema, berjerawat, mudah jatuh sakit, sesorang yang mengalami luka atau kecederaan, serta demam.
Bitreen Neem Capsule boleh didapati di pasaran dalam jumlah 90 biji atau 180 biji per botol. Ianya sesuai untuk golongan dewasa dan boleh diambil satu biji tiga kali sehari selepas makan. Pengambilan Bitreen dalam masa satu hingga dua minggu akan menyebabkan tanda-tanda berlakunya detoksifikasi dapat dilihat.
Sumber Artikel: