::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
KEBAIKAN LYSINE

 

Lysine merupakan asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia . Oleh itu lysine ini perlu diambil dari diet luaran yang boleh didapati di dalam daging , ikan , produk tenusu dan juga telur .

Lysine adalah blok binaan untuk membuat protein dalam badan. Setelah diserap ke dalam badan, asid-asid amino ini akan digunakan untuk membentuk pelbagai jenis protein yang diperlukan badan seperti hemoglobin, enzim, hormon, dan otot. Asid amino ini juga sangat penting dalam menjaga metabolisme badan supaya badan sentiasa berfungsi dalam keadaan baik .

 

 

Berikut adalah beberapa sumber lysine yang boleh didapati :

  • Daging: Daging lembu, ayam dan kambing
  • Makanan laut: Kerang, udang dan tiram
  • Ikan: Salmon, ikan kod, danikan tuna
  • Tenusu: Susu, kejudan yogurt
  • Sayur-sayuran: kentang,lada dan daun bawang
  • Buah-buahan: Avokado, keringaprikot dan pear
  • Kekacang: Soya, buah pinggang k acang dan kacang ayam
  • Kacang dan biji: Macadamia, biji labu dan gajus

 

Antara kebaikan lysine ini ialah menurut kajian ia mampu menurunkan  tahap tekanan dan kebimbangan . Dengan pengambilan supplement ini , pesakit akan  berasa lebih tenang dan kurang kegelisahan .  Selain itu , lysine ini juga akan membantu badan kita mengekalkan lebih banyak kalsium untuk kekuatan tulang yang berterusan . Tulang yang kuat juga akan mengurangkan risiko penyakit osteoporosis iaitu tulang rapuh .  Seterusnya lysine ini juga sangat bagus dalam pembentukan kologen bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka di badan .  Akhir sekali lysine membantu meningkatkan selera makan dan akan membantu meningkatkan berat badan anak anda .

 

Antara vitamin yang ada kandungan lysine ialah 

 

 

 

SUMBER :

 

 

 

Leave a reply