
Jelonet merupakan jaringan pembalut yang mengandungi gel paraffin lembut yang tidak berubat tetapi sesuai untuk digunakan bersama antibiotik atau antiseptik . Dengan penggunaan jelonet ini luka akan menjadi kurang melekat dan menjadikan luka rasa lebih selesa tanpa mengalami kesakitan yang melampau . Jelonet ini juga membenarkan luka lebih bebas untuk pembalut kedua menyerap lebihan cecair luka yang mengalir bagi menghalang lukak menjadi lembik dan berair akibat kerap menukar pembalut luka .
Jelonet ini sesuai digunakan untuk luka lecuran yang ringan dan luka terbakar yang ringan seperti luka terkena percikan minyak panas . Disarankan untuk meletakkan lapisan jelonet ini bersama topical antibiotic untuk kesan penyembuhan yang lebih baik . Jelonet ini juga mempunyai saiz yang berbeza iaitu saiz kecil yang berukuran 5 cm x 5cm dan saiz besar yang berukuran 10cm x 10cm .
Sebagai langkah berjaga jaga pembalut luka yang telah kotor mestilah ditukar setiap hari bagi menjaga tahap kebersihan luka dan mengelakkan jangkitan bakteria . Untuk luka yang teruk seperti luka ulser kaki , perlulah mendapat persetujuan daripada doctor sebelum menggunakannya . Akhir sekali jika luka menjadi bertambah teruk atau serius , segera la berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan lanjut .
SUMBER :
- https://www.smith-nephew.com/australia/healthcare/products/product-types/tulle-gras-dressings/jelonet-/