::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
GLUCOLIN GLUCOSE: MINUMAN TENAGA

Sumber Rajah: https://shopee.com.my/GLUCOLIN-GLUCOSE-GLUKOSA-%E8%91%A1%E8%90%84%E7%B3%96-420G-%28ORIGINAL-ORANGE-BLACKCURRANT%29-i.85600642.4879580598  

 

Adakah anda berasa mudah letih dan tidak bermaya? Perlukan sesuatu yang boleh memberi tenaga? Dalam artikel kali ini mari kita kenali satu produk minuman yang boleh membantu masalah ini iaitu Glucolin Glucose.

Glucolin mempunyai tiga variasi perisa yang berbeza iaitu original, oren, dan anggur. Ketiga-tiganya mengandungi bahan utama iaitu Dextrose monohydrate iaitu glukosa perubatan gred tinggi yang mudah diserap dan menjadi sumber tenaga untuk tubuh badan. Minuman ini sesuai untuk diambil sebelum atau selepas bersukan serta apabila berasa letih akibat cuaca yang panas atau disebabkan pekerjaan. Jadi selepas minum Glucolin, tenaga anda akan bertambah dengan pantas dan anda akan sentiasa kekal cergas dan cerdas.

Namun, terdapat perbezaan antara glucolin perisa original dengan perisa oren dan anggur. Glucolin original kaya dengan vitamin D yang berfungsi untuk membantu badan menyerap serta mengekalkan kalsium dan fosforus iaitu mineral penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Glucolin oren dan Glucolin anggur pula diperkaya dengan vitamin C yang membantu memperbaiki dan pertumbuhan sel tisu dalam badan, penyerapan zat besi, meningkatkan sistem imunisasi dan penyembuhan kecederaan.

Cara penyediaan minuman ini adalah campurkan dua sudu besar Glucolin dengan 200mL air bagi setiap hidangan. Hidangan Glucolin dicadangkan untuk diambil dua kali sehari dimana ianya menghasilkan kira-kira 326kcal tenaga.

Rujukan artikel:

https://www.doctoroncall.com.my/medicine/makanan-minuman-kesihatan/glucolin

 

Glucolin di Azarashop: https://azarashop.com/glucolin-glukosa-420g?search=glucolin

Leave a reply