
Antara punca nafas berbau adalah disebabkan kehadiran bakteria yang disebabkan oleh kebersihan mulut yang kurang memuaskan . Selain itu , masalah kaviti dan gusi juga akan turut mengundang nafas yang lebih berbau . Bagi warga emas pula , masalah nafas berbau ini juga sering terjadi disebabkan penggunaan gigi palsu yang tidak bersih . Untuk menjaga kebersihan gigi palsu ini , boleh menggunakan rendaman polident untuk kebersihan yang menyeluruh . Akhir sekali masalah ini sering terjadi disebabkan kekurangan lembapan di dalam mulut seperti mulut kering .
MINUM AIR SECUKUPNYA
Badan kita memerlukan sekurang kurangya 8 gelas air sehari . Kandungan air yang cukup akan menjadikan badan kita kekal terhidrat dan cergas . Kandungan air yang kurang akan memyebabkan mulut kita mengalami kekeringan dan boleh menyebabkan masalah nafas berbau . Oleh itu , hendaklah kita minum air yang banyak ketika sahur dan berbuka .
PENGAMBILAN KAFIEN DAN TEH
Pengambilan minuman yang mengandungi kaffien dan teh akan menyebabkan mulut menjadi lebih berbau . Tambahan pula minuman ini bersifat diuretic yang boleh meyebabkan kita sering membuang air kecil dan menyebabkan kandungan air di dalam badan menjadi sedikit demi sedikit .
TINGKATKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
Pengambilan karbohidrat yang cukup akan meyebabkan kandungan ketones dikeluarkan dengan baik dan mengurangkan masalah nafas berbau . Antara sumber karbohidrat yang sesuai diambil pada waktu sahur ialah nasi , roti gandum penuh dan oat .
MENJAGA KEBERSIHAN MULUT DAN LIDAH
Bakteria di dalam mulut akan menyebabkan masalah nafas berbau . Hal ini boleh dicegah dengan cara mengosok gigi dan lidah semasa sahur dan selepas berbuka . Untuk kesan yang lebih bagus , boleh juga ditambah ubat untuk kumur mulut .
PENGGUNAAN DENTAL FLOSS
Penggunaan dental floss juga akan membantu mengurangkan masalah nafas berbau . Hal ini kerana fungsi dental flos ialah membersihkan celahan gigi yang tidak boleh dicapai dengan berus gigi .
Kesimpulannya nafas yang berbau akan menyebabkan orang sekeliling kita tidak selesa . Oleh itu sentiasa la menjaga kebersihan mulut walaupun ketika berpuasa .
SUMBER:
- https://www.mstar.com.my/xpose/famili/2021/04/16/elak-mulut-berbau-ketika-berpuasa-apa-kata-cuba-6-tip-ini
- https://my.theasianparent.com/cegah-bau-mulut-ketika-berpuasa