::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
TIPS KUKU SIHAT

 

Kuku juga merupakan salah satu perkara penting yang perlu dititik beratkan selain penjagaan muka dan badan . Hal ini kerana kuku yang sihat dan bersih juga melambangkan tahap kebersihan seseorang itu juga . Kuku yang bersih juga akan mengurangkan risiko kita terkena jangkitan cirit birit jika kita makan menggunakan tangan . Di dalam artikel kali ini , kita akan berkongsi tips kuku yang sihat .

 

MENGEKALKAN KELEMBAPAN KUKU

 

 

Kuku yang sentiasa lembab juga akan menjadikan kuku kelihatan lebih sihat dan bersinar . Kelembapan kuku ini boleh dijaga dengan rutin menyapu petroleum jelly pada kuku dua kali sehari . Petroleum jelly ini boleh didapati di pasaran dan salah satu produk yang menggunakan petroleum jelly ini ialah jenama Vaseline . Selain itu , penggunaan olive oil dan castor oil juga boleh membantu menjaga kelembapan kulit di sekitar kuku .     

 

KUKU SENTIASA DALAM KEADAAN PENDEK

Kuku yang pendek lagi mudah untuk dijaga berbanding kuku yang panjang . Kuku yang pendek juga akan sentiasa dalam keadaan lebih bersih dan sihat . Pemotongan kuku juga boleh dilakukan seminggu sekali untuk menjaga tahap kebersihannya .

 

MENGAMBIL SUPPLEMENT TAMBAHAN UNTUK KUKU       

 

Kuku juga memerlukan nutrisi tambahan bagi mengekalkan tahap kesihatan kuku . Antara bahan yang boleh menjadikan kuku sentiasa sihat ialah  biotin dan zink . Fungsi vitamin ini ialah Biotin  mengurangkan kerapuhan dan pembelahan kuku dan Zink penting untuk membantu mengekalkan kuku, rambut dan kulit yang sihat.

                                                                               

 MEMBUAT RAWATAN KUKU DI SPA

 

Bagi mendapatkan kuku yang sihat dan  bersinar , anda juga boleh mendapatkan rawatan kuku di pusat kecantikan sekurang kurangnya dua bulan sekali .   Anda boleh mendapatkan rawatan seperti trim kuku  dan urutan kuku bagi melancarkan peredaran darah sekitar kuku .

 

Kesimpulannya untuk mendapatkan kuku yang sihat kita mestilah sentiasa menjaga kebersihan kuku supaya kesihatan kuku sentiasa terpelihara . Kuku juga memerlukan penjagaan yang rapi dan nutrisi tambahan . Kuku yang sihat juga akan membentuk tahap kesihatan badan yang lebih bagus .                                                                                                                                                                                         

 

SUMBER :                 

  •      https://siraplimau.com/cara-penjagaan-kuku-yang-cantik/

 

 

Leave a reply