::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
PENGGUNAAN SERUM MUKA

Sumber Rajah: https://www.everydayhealth.com/skin-beauty/hyaluronic-acid-definition-benefits-and-the-best-serums/

 

Apa Itu Serum

Menurut seorang ahli dermatologi yang diperakui SkinSafe Dermatology and Skin Care, Dr. Tsippora Shainhouse menyatakan bahawa serum merupakan produk topikal yang mempunyai kelikatan yang nipis serta mengandungi bahan aktif yang pekat. Molekul aktif serum yang lebih besar memudahkan ianya untuk menyerap ke permukaan kulit dengan lebih cepat untuk memberi kesan yang optimum. Kepekatan serum yang tinggi juga merupakan faktor yang menunjukkan keberkesanan serum dalam masa yang singkat pada kulit muka berbanding produk penjagaan yang kain.

 

Manfaat Serum Muka

  1. Melindungi Kulit Daripada Kerosakan Dan Radikal Bebas.

Terdapat serum yang mengandungi bahan-bahan seperti vitamin E, vitamin C, asid ferulic, teh hijau, astaxanthin, dan resveratrol yang dapat menhalang kerosakan oksidatif disebabkan oleh pencemaran persekitaran dan cahaya ultraungu daripada matahari.

 

  1. Mudah Meresap Ke Dalam Kulit.

Serum merupakan produk penjagaan yang mempunyai tekstur lebih ringan ringan berbanding pelembap muka. Menjadikannya ianya lebih mudah menyerap ke dalam kulit dan harus diaplikasikannya ke wajah sebelum pelembap muka.

 

  1. Menenangkan Kulit Yang Sensitif.

Penggunaan serum pada kulit yang berjerawat dan sensitif adalah sangat perlu dan terbukti  keberkesanannya dalam mengatasi pelbagai masalah kulit.

 

  1. Mengurangkan Garisan Halus Atau Kedutan.

Terdapat serum yang mengandungi retinol sebagai salah satu bahannya. Retinol berfungsi untuk membantu mengurangkan kedutan atau garis halus pada muka.

 

  1. Keberkesanan Yang Dapat Dilihat Jelas.

Kepekatan bahan aktif dalam serum menunjukkan kesan yang lebih efektif berbanding produk penjagaan kulit yang lain.

 

Jenis Serum Muka.

  1. Serum bagi kulit berjerawat dan sensitif.
  2. Serum bagi melawan radikal bebas.
  3. Serum penghidratan.
  4. Serum bagi mencerahkan kulit.
  5. Serum anti-penuaan.
  6. Serum bagi membaiki tekstur muka.

 

Cara Penggunaan Serum

Biasanya penggunaan serum biasanya sebanyak dua kali sehari, selepas kita mencuci muka dan pemakaian toner tetapi sebelum penggunaan produk penjagaan muka yang berat seperti pelembap muka, sunscreen dan produk solekan. Cara pengaplikasikannya pula adalah terpulang kepada diri masing-masing.

Untuk beberapa jenis serum seperti serum melawan radikal bebas dan anti-pigmentasi, disyorkan diaplikasikan pada siang hari. Ia dapat melindungi kulit anda daripada pencemaran persekitaran dan radikal bebas daripada sinaran UV matahari. Serum anti- penuaan pula sesuai digunakan pada waktu malam. Serum penghidratan pula harus daiplikasikan dua kali sehari untuk kulit muka kekal lembap.

 

Rujukan artikel; https://www.healthline.com/health/benefits-of-face-serum

Leave a reply