
Sel darah merah berfungsi membawa oksigen ke seluruh bahagian tisu dan organ di dalam badan manusia. Namun, apa yang terjadi jika seseorang itu kekurangan sel darah merah? Keadaan inilah yang dinamakan anemia. Terdapat protein dalam sel darah merah yang kaya dengan zat besi dikenali sebagai hemoglobin. Oksigen dalam paru-paru diikat oleh hemoglobin dan membolehkan sel darah merah menghantarnya ke seluruh badan. Anemia boleh diukur mengikut jumlah hemoglobin dalam badan. Sehingga 2019, dianggarkan bahawa seramai 1.74 bilion orang di seluruh dunia yang terjejas akibat anemia. Oleh itu dalam artikel kali ini akan membicarakan berkaitan anemia.
Gejala Anemia.
- Pening kepala
- Demam
- Mudah letih
- Sukar menumpukan perhatian.
- Sukar bernafas.
- Kuku menjadi rapuh.
- Mudah berasa pening terutamanya ketika berdiri atau aktif.
- Degupan jantung laju daripada biasa.
- Kulit dan kuku menjadi pucat.
- Lidah berasa pedih
- Sakit dada.
Golongan Berisiko Terhadap Anemia.
- Perempuan mengandung.
- Kurang nutrien diet seperti zat besi, folat. Dan vitamin B12.
- Mengalami haid.
- Keluarga yang mempunyai sejarah anemia.
- Orang yang berumur 65 tahun keatas.
- Keadaan seperti mendapat jangkitan, penyakit autoimmune, terdedah dengan toksik, penggunaan ubat tertentu, penyakit darah boleh mempengaruhi penghasilan sel darah merah dan juga anemia.
- Penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang, kanser, dan banyak lagi.
Jenis- jenis Anemia Dan Penyebabnya.
- Anemia Defisiensi Zat Besi.
Ini merupakan jenis anemia yang paling biasa dialami oleh manusia yang disebabkan kurangnya kandungan zat besi dalam badan. Zat besi merupakan bahan penting bagi tulang sumsum untuk menghasilkan hemoglobin. Oleh itu, kekurangan zat besi menyebabkan hemoglobin yang dihasilkan kurang. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan zat besi hilang daripada badan iaitu kehilangan darah, kurang pengambilan zat besi dalam diet harian, dan mempunyai masalah kesihatan yang menyukarkan penyerapan zat besi seperti penyakit radang usus IBD.
- Anemia Defisiensi Vitamin.
Anemia jenis ini disebabkan oleh kekurangan kandungan folat dan vitamin B12 dalam badan manusia. Hal ini kerana, selain daripada zat besi, badan juga memerlukan folat dan vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Punca anemia jenis ini adalah disebabkan oleh pengambilan folat dan vitamin B12 yang tidak mencukupi dalam diet nutrisi.
- Anemia Hemolitik.
Anemia jenis ini terjadi apabila sel darah merah musnah lebih cepat sebelum dapat digantikan oleh tulang sumsum. Punca- punca anemia hemoltik yang dapat meningkatkan kemusnahan sel darah merah ialah penyakit darah tertentu, penyakit autoimun seperti lupus, terdedah dengan toksin, kesan sampingan ubat tertentu seperti penicillin, dan dijangkiti malaria.
- Anemia Aplastik.
Jenis anemia yang jarang berlaku dan terjadi apabila tubuh badan manusia tidak menghasilkan sel darah merah yang mecukupi. Ianya terjadi apabila sel stem dalam tulang sumsum yang biasa berkembang menjadi sel darah merah mengalami kerosakan. Hal ini berpunca daripada penyakit autoimun, kesan sampingan pengambilan ubat tertentu, dan terdedah dengan toksin.
Keperluan Makanan Bagi Mengelakkan Anemia.
- Zat Besi
Mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kekacang, daging, makanan laut, bayam, ayam, dan bijirin.
- Vitamin B-12
Sumber vitamin B12 adalah daripada ikan, daging, telur, makanan tenusu, dan produk bersoya.
- Folat
Ini merupakan nutrien dan sintetiknya membentuk asid folik. Sumber folat adalah daripada hati, bayam, telur, asparagus, kekacang, produk gandum, serta buah-buahan.
- Vitamin C
Vitamin C dapat membantu meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan. Sumber vitamin c adalah buah-buahan seperti strawberi, oren dan tembikai serta dalam sayur seperti tomato dan brokoli.
Rujukan artikel:
https://www.healthline.com/health/anemia#nutritional-needs
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/anemia/symptoms-causes/syc-20351360
Produk berkaitan anemia di Azarahop:
- https://azarashop.com/ccm-upha-folic-acid-5mg-1-strip?search=folic
- https://azarashop.com/iberet-folic-30tablet?search=folic
- https://azarashop.com/sangobion-1-strip-4-tablet?search=sangobion