::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
MANFAAT PENGGUNAAN LOSYEN CALAMINE

Sumber Rajah: https://www.healthline.com/health/calamine-lotion-for-acne

 

Losyen Calamine merupakan ubat over-the-counter (OTC) yang berfungsi dalam rawatan gatal-gatal ringan, dan ketidakselesaan atau kerengsaan kecil. Cara penggunaan losyen yang berwarna merah jambu ini adalah hanya perlu goncangkan botol supaya losyen sekata sebelum sapu pada kulit yang terjejas dan tunggu sehingga ubat kering. Jadi dalam artikel kali ini, kita akan mengetahui beberapa manfaat penggunaan calamine lotion terhadap beberapa masalah kulit.

  1. Cacar air

Losyen calamine terkenal dengan rawatan penyakit kulit cacar air. Ianya berkesan dalam membantu melegakan gejala penyakit  kulit cacar air iaitu bintik- bintik merah yang muncul di seluruh tubuh. Bintik merah tersebut akan membentuk gelembung berisi air dan apabila ianya pecah, maka kawasan kulit tersebut akan kering dan berkeruping. Losyen calamine juga dapat mencegah jangkitan kulit seterusnya.

 

  1. Gigitan serangga

Losyen calamine juga boleh diaplikasikan pada kulit jika anda terkena gigitan daripada serangga. Losyen disapu pada kulit beberapa kali sehari sehingga gejala gigitan atau sengatan hilang.

 

  1. Kayap

Bersama-sama dengan ubat antiviral seperti famciclovir dan acyclovir, anda juga boleh menggunakan losyen calamine untuk melegakan gejala kayap seperti rasa sakit dan gatal-gatal.

 

  1. Terkena tumbuhan beracun

Jika anda mengalami kegatalan dan kerengsaan pada kulit disebabkan oleh racun daripada tumbuhan seperti poison ivy, poison oak, dan poison sumac, anda disyorkan untuk menggunakan losyen calamine. Losyen calamine dapat membantu melegakan kegatalan atau ketidakselesaan akibat racun tumbuhan tersebut.

 

  1. Gigitan Chiggers

Chigger merupakan sejenis hama yang memakan kulit manusia. Kulit anda akan merengsa dan kegatalan apabila digigit hama ini. Oleh itu, dengan menggunakan losyen calamine, ianya dapat melegakan kegatalan dan kerengsaan pada kulit.

 

  1. Kudis

Kudis merupakan penyakit kulit  yang disebabkan oleh kutu kecil yang dipanggil Sarcoptes scabiei. Penggunaan losyen calamine dapat membantu melegakan kegatalan akibat kudis tetapi ianya tidak boleh membunuh kutu tersebut.

 

Rujukan Artikel:

https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/23338-calamine-lotion

https://www.healthline.com/health/calamine-lotion-uses#scabies

 

Calamine Lotion di Azarashop:

https://azarashop.com/zontron-calamine-lotion-100ml?search=calamine

Leave a reply