
Rajah1.1 diambil: https://www.ripleys.com/weird-news/head-lice-keepers-of-ancient-history/
Pernahkah anda dijangkiti kutu rambut? Bagaimana kita boleh dijangkiti kutu kepala? Apakah gejala yang menunjukkan kita dijangkiti oleh kutu kepala? Jadi, pada artikel kali ini kita akan membincangkan apa itu kutu kepala, gejala jangkitannya, dan cara mengatasinya.
Kutu rambut merupakan sejenis serangga parasit yang hidup pada rambut kepala manusia dan menghisap darah pada kulit kepala manusia. Ciri- ciri kutu kepala adalah ianya tidak bersayap, menghisap darah, seekor kutu dewasa bersaiz sebesar biji bijan dan saiz bagi telur kutu pula seperti serpihan kecil kelemumur.
Bagaimana kita boleh dijangkiti kutu? Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kutu kepala boleh merayap pada kepala anda. Antara faktornya adalah anda berkongsi barang dengan orang yang mempunyai kutu kepala. Contohnya barang peribadi seperti, sikat, pengikat rambut, topi, fon kepala dan banyak lagi. Selain itu, anda menggunakan barang fabrik kepunyaan orang yang mempunyai kutu kepala. Kutu kepala boleh hidup seketika diatas perabot seperti pakaian, tempat tidur, dan sofa. Akhir sekali, anda boleh dijangkiti jika anda bersentuhan dengan kepala orang yang mempunyai kutu kepala.
Terdapat beberapa golongan yang berisiko untuk mendapat kutu kepala, iaitu kanak-kanak pra sekolah dan sekolah rendah yang kerap bermain bersama, pelajar yang duduk di asrama, serta ahli keluarga kepada kanak-kanak atau pelajar yang dijangkiti kutu kepala. Antara gejala yang menunjukkan kita dijangkiti kutu kepala adalah terasa seperti ada sesuatu yang merayap pada kulit kepala, kegatalan yang melampau pada kulit kepala, dan timbul kudis pada kulit kepala akibat menggaru.Antara cara mengatasi masalah ini adalah menggunakan sikat kutu yang halus berserta minyak zaitun yang disapu pada rambut bagi memudahkan kutu dan telur kutu melekat pada sikat.
Cara ini boleh diaplikasikan sehingga kutu dan telur kutu hilang sepenuhnya. Selain itu, disebabkan kutu yang tidak boleh hidup lama daripada kulit kepala, beberapa cara boleh dilakukan seperti membasuh barang seperti cadar, tuala, pakaian, sikat, topi dan aksesoris dengan air panas 130°F (54°C) dalam 5-10 minit. Akhir sekali, produk anti-kutu juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk menghapuskan kutu kepala. Produk ini terdapat dalam banyak variasi seperti syampu, sabun, dan sembuan rambut.
Rujukan: https://www.healthline.com/health/head-lice#treatment
Antara produk kutu kepala yang tersedia di Azarashop:
- A-LICES (FOR LICE) 60ML
https://azarashop.com/a-lices-for-lice-60ml?search=lice
- EZYDOSE KIDS LICE COMD WITH MAGNIFIER
https://azarashop.com/ezydose-kids-lice-comd-with-magnifier?search=lice