
Sumber Rajah: https://www.nixoderm.com.my/
Adakah anda sedang mengalami masalah kulit? Masih mencari solusi? Dalam artikel kali ini kita akan mengenali satu produk yang boleh membantu merawat pelbagai masalah kulit yang bukan sahaja sesuai diaplikasikan pada muka, tetapi juga sesuai untuk anggota badan yang tertentu. Produk tersebut adalah Nixoderm Ointment dimana ianya telah mendapat kelulusan lesen di bawah Nixoderm Lab USA LTD.
Produk ini digunakan untuk luaran sahaja bagi membantu mengurangkan masalah jerawat, bintik hitam, kurap, kegatalan, dan ruam bagi kulit. Ciri-ciri produk ini adalah berwarna kuning terang, tekstur yang berminyak, legap, dan berbau mentol yang samar.
Bahan- bahan yang terkandung dalam Nixoderm Ointment adalah Benzoic Acid 6% w/w, salicylic acid 2.5% w/w, precipitated sulphur 4.6% w/w. Benzoic acid berfungsi sebagai anti-kulat. Salicyclic acid merupakan agen keratolik yang boleh mencegah jerawat, bengkak, kemerahan dan antibakteria. Precipitated sulphur pula agen keratolik yang berfungsi sebagai antiseptik, anti-jerawat, parisitisid, dan antikulat yang lembut.
Cara Penggunaan Nixoderm Ointment.
- Merawat Gatal Kaki.
- Sapukan Nixoderm ointment pada bahagian kulit kaki yang dijangkiti atau bermasalah secara perlahan-lahan, selepas kaki dicuci dan dikeringkan.
- Sapu dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
- Tempoh rawatan diteruskan dalam masa tujuh hari. Kemudian, berhenti selama tiga hari, lalu sambung semula tujuh hari seterusnya. Kaedah diteruskan sehingga kulit pulih sepenuhnya.
- Disyorkan untuk meneruskan rawatan dalam tiga minggu selepas tanda-tanda gatal telah hilang. Hal ini kerana gatal kaki merupakan salah satu keadaan kulit yang degil dan berkemungkinan untuk kembali semula.
- Merawat Jerawat, Eczema, dan Ruam.
- Sapukan Nixoderm ointment pada bahagian kulit yang dijangkiti atau bermasalah secara perlahan-lahan, selepas dicuci.
- Sapu dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
- Tempoh rawatan diteruskan dalam masa tujuh hari. Kemudian, berhenti selama tiga hari, lalu sambung semula tujuh hari seterusnya. Kaedah diteruskan sehingga kulit pulih sepenuhnya. Sila berjumpa dengan doktor jika masalah kulit masih berterusan.
- Merawat Kurap.
- Sapukan Nixoderm ointment pada bahagian kulit yang dijangkiti atau bermasalah secara perlahan-lahan.
- Sapu dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.
- Tempoh rawatan diteruskan dalam masa tujuh hari. Kemudian, berhenti selama tiga hari, lalu sambung semula tujuh hari seterusnya. Kaedah diteruskan sehingga kulit pulih sepenuhnya. Disebabkan kurap adalah keadaan kulit yang degil, disyorkan untuk meneruskan rawatan selagi diperlukan.
Rujukan bagi artikel:
https://www.nixoderm.com.my/products/nixoderm-ointment/
Produk Nixoderm Ointment boleh dibeli di AZARASHOP:
https://www.azarashop.com/nixoderm-ointment-5-34g?search=nixoderm