
Pengenalan
Jintan hitam atau dalam Bahasa arab yang dikenali sebagai habatussauda merupakan salah satu tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan badan . Ia juga merupakan makanan Sunnah yang di amalkan Rasulullah sejak dulu lagi . Habatussauda ini berasal dari keluarga Ranunculaceae, tanaman asli Asia Selatan dan Asia Barat dan mempunyai rasa pahit manis yang dijadikan sebagai penambah rasa . Pada masa kini habatussauda boleh didapati dalam bentuk cecair untuk diminum , pil kapsul untuk ditelan dan biji untuk ditelan . Di dalam artikel kali ini kita akan mempelajari salah satu jenama habatussauda yang sering diamalkan oleh orang ramai iaitu Baraka habatuusauda
Jenama Baraka habatussauda merupakan salah satu produk supplement yang diedarkan oleh syarikat Pharmaniaga yang berasal dari Mesir . Baraka diperbuat daripada 100 peratus minyak terpilih Habbatus Sauda yang berkualiti tinggi, semula jadi, Halal dan selamat untuk dimakan. Proses pembuatannya merangkumi pengambilan minyak Habbatus Sauda melalui teknik ‘cold-press’ untuk mengekalkan khasiat dan sifat antioksidannya. Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul gel lembut dan pek lepuh yang mudah untuk dimakan dan dibawa ke mana-mana. Tambahan lagi Baraka ini juga mempunyai kelulusan daripada KKM Malaysia dan dijamin selamat untuk diamalkan . Di dalam sekotak Baraka ini mempunyai 24 kapsul yang mengandungi 450mg minyak habatussauda.
Antara khasiat jika kita mengamalkan habatussauda ialah mampu meningkatkan tenaga supaya kita dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih bertenaga dan tidak mudah letih serta mengantuk . Khasiat kedua ialah habatussauda merupakan lemak baik yang sangat bagus untuk kesihatan jantung dan mampu mengawal paras kolestrol dalam darah . Habatussauda ini juga boleh meningkatkan system ketahanan badan yang menjadikan badan kita lebih kuat untuk mencegah penyakit seperti demam selsema . Khasiat seterusnya ialah menurut kajian habatussauda ini boleh mengurangkan bengkak dan radang yang dihadapi oleh pesakit asma iaitu radang paru-paru , pesakit yang mengalami sakit kulit ekzema radang kulit dan pesakit yang mempunyai arthritis bengkak sendi . Bagi mereka yang kerap menghadapi masalah alahan , mereka juga amat digalakkan untuk mengamalkan habatussauda ini kerana ia juga merupakan anti histamine yang mampu mencegah cetusan histamine iaitu alahan .
Kesimpulannya habatussauda mempunyai banyak kebaikan dan salah satu produk yang farmasi azara ada di farmasi ialah Baraka Habatussauda . Cara pengambilannya juga mudah , boleh di ambil sebiji tiga kali sehari . Anda juga boleh membelinya di link baraka