
Rajah diatas daripada https://slashedbeauty.com/web-stories/what-is-crystal-deodorant/
Pernahkah anda mendengar atau menggunakan deodoran yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti kristal? Jadi di dalam artikel ini, kami akan menerangkan apa itu deodoran kristal dan kebaikan penggunaannya.
Deodoran kristal diperbuat daripada bahan natural iaitu sejenis garam mineral semulajadi yang dikenali sebagai Potassium Alum. Potassium Alum telah terbukti mempunyai sifat antimikrob dan telah digunakan sebagai deodoran selama ratusan tahun di Asia Tenggara. Ianya menjadi terkenal dalam budaya Barat bermula 30 tahun dahulu.
Pada hari ini, deodoran kristal boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan variasi seperti batu, roll-on, gel, serbuk, dan juga spray semburan. Penggunaan deodoran ini adalah sesuai apabila selepas mandi, ketika bahagian bawah lengan dalam keadaan yang lembap, serta selepas bahagian bawah lengan dibersihkan. Pastikan deodaran kristal yang dalam bentuk batu dibasahkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Deodoran ini bukan sahaja sesuai untuk bahagian bawah lengan tetapi ianya juga boleh diaplikasikan pada bahagian badan lain.
Apakah manfaat deodoran kristal? Pertama sekali, sudah semestinya kerana ianya 100% bahan semulajadi dan tidak mempunyai bahan kimia seperti deodoran kebanyakan yang berada di pasaran. Selain itu, ianya tidak berminyak dan melekit, tanpa wangian, sesuai untuk kulit sensitif, tidak meninggalkan kesan kuning pada pakaian, harga mampu milik, serta bebas paraben dan bahan aluminium.
Paraben merupakan bahan yang boleh menyebabkan kesan radang, iritasi dan alergik terutamanya pada kulit yang sensitif dan rosak. Paraben juga boleh mengganggu hormon serta meningkatkan risiko penyakit kanser. Aluminium pula adalah bahan yang biasanya digunakan dalam deodoran sebagai anti- peluh pada permukaan kulit, namun aluminium boleh menyebabkan iritasi, kegatalan, dan juga boleh membahayakan kesihatan manusia. Oleh itu, perlu diketahui bahawa deodoran kristal bukanlah bersifat anti-peluh. Namun demikian, deodoran kristal bebas dari pelbagai bahan kimia seperti warna artifisial, propylene glycol, triclosan, steareths, diethanolamine (DEA), dan triethanolamine (TEA).
Rujukan: https://www.healthline.com/health/crystal-deodorant#side-effects
Produk deodoran kristal yang tersedia di Azarashop:
- TRUST NATURE NATURAL CRYSTAL DEODORANT STICK 50G
https://azarashop.com/trust-nature-natural-crystal-deodorant-stick-50g?search=deodorant