
Sumber Rajah: https://makkalosai.com.my/2020/01/21/ulser-mulut-petanda-awal-kanser/
Ulser mulut atau dikenali sebagai sariawan merupakan luka kecil yang terbentuk dalam mulut iaitu pada tisu lembut bibir, pipi dalam, lelangit, gusi dan lidah. Ulser mulut tidak berbahaya, namun ianya boleh menyebabkan ketiakselesaan dan juga menyakitkan. Biasanya, ulser mulut yang terbentuk berwarna kuning atau merah. Ulser mulut juga tidak boleh berjangkit dan mengambil masa dalam satu hingga dua minggu untuk sembuh. Oleh itu, jika ulser mulut berlarutan dalam tempoh yang lama tanpa sembuh, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor.
Ulser mulut boleh dialami oleh semua orang tanpa mengira usia. Terdapat beberapa gejala ulser mulut iaitu bengkak di sekeliling kawasan ulser, berasa sakit atau pedih apabila makan makanan yang pedas, masin, dan masam, serta berasa pedih apabila menggosok gigi. Ulser mulut terbentuk disebabkan kecederaan, sensitif, dan alergik. Terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan terbentuknya ulser mulut seperti:
- Tergigit lidah atau bibir secara tidak sengaja.
- Menggosok gigi dengan kasar atau berus gigi yang digunakan kasar.
- Mengambil makanan yang berasid seperti oren dan nanas.
- Tekanan dan kekurangan tidur.
- Jangkitan virus, bakteria, dan kulat.
- Kecederaan akibat kerja pergigian.
- Kekurangan vitamin.
- Alergi terhadap bakteria tertentu.
Bagaimanakah cara untuk merawat ulser mulut? Terdapat beberapa cara bagi merawat ulser di rumah iaitu:
- Minum air dengan kuantiti yang banyak.
- Berkumur dengan air garam suam beberapa kali sehari.
- Elakkan makan makanan yang pedas.
- Menggunakan produk Over-the-Counter (OTC) bagi ulser seperti Bonjela, Aftamed dan banyak lagi.
- Mempraktiskan cara pembersihan mulut yang betul.
Terdapat juga beberapa cara bagi mengelakkan ulser mulut daripada terjadi iaitu:
- Menggunakan berus gigi yang lembut.
- Untuk kesihatan mulut yang optimum, gosok gigi dua kali sehari dan flos sekali sehari.
- Makan makanan yang menyihatkan dan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Kerap berjumpa dan melakukan pemeriksaan kesihatan mulut dengan doktor gigi.
Artikel Rujukan:
https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21766-mouth-ulcer
https://www.healthline.com/health/canker-sores