::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Jana Wang Sampingan Bersama AzaraShop::: Hubungi 0199760091 Untuk daftar Ajen AzaraShop :::
PENYEBAB UTAMA SAKIT KEPALA

 

 

Sakit kepala boleh terjadi pada peringkat  remaja hingga dewasa . Ia boleh terjadi dalam tempoh yang singkat  atau berlanjutan hingga 2-3 hari . Sakit kepala ini boleh menjejaskan kesihatan badan sehingga boleh menyebabkan muntah dan hilang keseimbangan badan . Sakit kepala juga mempunyai beberapa jenis iaitu sakit kepala yang disebabkan migraine , sakit kepala kluster dan sakit kepala akibat dari tekanan .

 

Antara penyebab utama sakit kepala boleh terjadi ialah pemgambilan kafien yang berlebihan . kafein akan menyebabkan salur darah di dalam otak menjadi sempit dan boleh menyebabkan sakit kepala . Selain itu pengunaan skrin komputer dalam tempoh masa yang lama juga akan mengundang sakit kepala . Hal ini kerana mata  menjadi letih kerana memberi tumpuan pada skrin komputer dalam tempoh masa yang lama  dan juga boleh menyebabkan  urat leher menjadi tegang .

Penyebab kedua ialah masalah penglihatan seperti rabun dan silau juga boleh menjadi punca kepada masalah sakit kepala ini . Rabun silau ini terjadi disebabkan oleh kelengkungan kornea atau kelengkungan kanta mata yang tidak sekata  yang boleh menyebabkan keletihan mata dan seterusnya memberi kesan sakit kepala . Jika hal ini terjadi pada anda , anda boleh meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor untuk mengurangkan kesan silau .

Gastrik juga boleh menjadi salah satu punca sakit kepala . Hal ini akan terjadi jika  anda lambat makan dan kurang minum air . Oleh itu sentiasa la berada dalam keadaan  yang tidak terlalu lapar bagi mengelak masalah ini terjadi . Akhir sekali , terdapat  sesetengah ubat ubatan akan memberi kesan sampingan seperti sakit kepala . Jika anda mengalami kesan sampingan ini , anda boleh rujuk kepada doktor semula untuk tindakan lanjut .

 

Kesimpulannya anda mestilah menjauhi faktor-faktor stress, tidak  menggunakan gadget atau komputer terlalu lama, dan minum air secukupnya setiap hari sebagai usaha awal untuk mengurangkan sakit kepala ini daripada terjadi . Jika anda berasa sakit , anda juga boleh melakukan tuam hangat pada permukaan yang sakit , menggunakan saline nose spray, humidifier atau steamer dan minum air secukupnya untuk mencegah dehidrasi .

 

            SUMBER :

 

  •  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a reply